Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak komited untuk memastikan pesakit kritikal di kawasan luar Kuching menerima perkhidmatan kesihatan pakar di lokasi terdekat.<br /><br />Menterinya, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, ia dapat dilakukan dengan melaksanakan sistem hibrid iaitu penyumber-luaran pakar swasta untuk berkhidmat di fasiliti kesihatan awam.
